Bunyi memang macam mengeluhkan.
Sebenarnya lebih pada ini...
PENAT TAPI SERONOK...!!!
Mak dan Abah saya jarang datang ke rumah. Al maklum...semenjak Abah dah nak masuk 70 ni...dia tak larat nak drive jauh2. Kena tunggu kakak n adik cuti, baru boleh ke rumah saya. Kalau setakat dekat2 ke bandar, memang dia tak ada masaalahlah driving. Eh bukan nak cerita pasal abah. Saya ni penat tapi seronok...sebab semua duduk berkumpul di rumah saya semalam. Tapi penat melayan mereka lagi seronok dari penat buat kerja2 rumah.
kalau buat kerja rumah....memang boleh jadi macam kat atas tu, tu sebab saya upah cleaner datang bersihkan rumah. Serius saya tak larat. Pernah....darah saya naik sebab sehari suntuk mengemas rumah...lap kipas...lap cermin. Bilik tu kalau sikit tak pe...bilik air lagi. Esoknya bangun pagi, kepala dah berat. OK lah ...that's it!! Call je cleaner.
Bestnya kalau dapat tidur 15 minit ke.....30 minit ke..

No comments:
Post a Comment