Tuesday, November 30, 2010

Usahawan Muda

Semalam ulang tahun perkahwinan saya yang ke 13. Alhamdulillah. Semoga kasih sayang kami dipanjangkan hingga ke syurga. Kebetulan Reena ada di rumah jadi panjanglah sikit langkah saya untuk berjalan. Reena nak buat cup cake jadi kami pergi ke kedai supply barang-barang cake nak beli bahan. Nak jadikan cerita...budak 2 orang ni, Madihah dan Sara sudah dengar rancangan kami...apalagi...keluarlah pulak rancangan dia orang...nak jual cuppies depan rumah. Saya ikut saja...benda baik...tak apa.
 

 Cuci telur ayam dulu ye anak-anak....

   Adunkan...tepung...butter....dan kacau sampai sebati. 

Bantuan dari assistant no.3...Aunty Su.




Anak tetangga yang datang membeli. Cuppies dijual RM1 satu.  Modal yang mama kena tanggung adalah lebih dari itu. Tapi tak apa... buat masa sekarang cuma nak serapkan minat berniaga itu sahaja. Besar sikit barulah boleh ajar pasal costing.



Gembira dan senyum menanti customer. Mama dan babah dah siap-siap call neighbour to support their small business.
It was a success!!!

Monday, November 29, 2010

Hari kedua buat apa??

Hari ke 2 di Bagan Lalang...pagi2 lagi dah bangun. Macam-macam lah rancangan untuk hari ni. Nak mandi lautlah, swimming pool lah...anak2 lah yang plan. Kalau saya, duduk di bilik pun seronok juga.

Dalam pukul 7 kami bersiap dan breakfast di hotel saja. 6 tahun dulu seingat saya, kalau di Seri Malaysia....sarapannya sangat basic. Cuma nasi lemak, mee goreng dan roti bakar. Tapi kali ini...buffet line breakfast sangat meriah. Baguslah...ada pembaharuan. Nasi lemak, nasi impit, lodeh, kuah kacang, roti bakar, lempeng, kari ayam, bubur nasi, mee hoon goreng dan pulut. Yang mula2 saya tuju...sudah tentu lodeh dan saya kan korek mencari tempe sebanyak yang mungkin. 


Sebaik saja lepas sarapan, kami menuju ke pantai. Kali ni kami bawa khemah sekali. Sajalah nak join pengunjung2 lain yang berkhemah. Khemah ni saya beli di Giant sehari sebelum ke Bagan Lalang. Untuk 4 orang pada harga RM69/-. Kira murahlah tu.




Anak-anak ni kalau dah ke laut...apalagi ye. Main pasir dan bermain ombak je lah. Seperti biasa saya dan mama Awfiyah cuma duduk memerhati dari khemah. Saya memang tak berminat nak mandi laut. Rimas dengan pasir pasir yang menyinggah dalam baju dan seluar. Biarlah Madihah saja yang bergembira. Saya juga gembira memerhatikan dia dari jauh. 

Dalam pukul 11.00 pagi, kami kembali ke hotel. Ingatkan diorang ni dah penat rupa-rupanya...mahu ke swimming pool hotel. Layankan sajalah. Tak tahulah bila saya nak daftar Madihah untuk kelas berenang.

Check out time adalah pada pukul 12 tengahari tapi saya minta jasa baik front desk. Dapatlah dilanjutkan sehingga pukul 1. Boleh lah tu.. Keluar saja dari hotel...kami ke jeti untuk beli ikan segar. 
Tidaklah murah mana tapi yang penting...segar. Saya beli sotong 2 kilo. ikan kerisi 1 kilo, ikan jenahak seekor, ikan selar kuning1 kilo...semuanya RM100. Tak murah mana tapi tahap kesegaran memang tak dapat disangkalkan.

Adalah dalam 5 gerai...tapi yang ini menjadi pilihan. Tak tahulah kenapa padahal sama je semua.


Saturday, November 27, 2010

Nak pergi mana??

Sejak dari sekolah cuti lepas raya haji tu, Madihah tak habis-habis bertanya ke mana kami nak bawa dia berjalan. Kesian Madihah. Di rumah sorang-sorang...tak ada adik beradik nak buat bermain. Dia jadi cepat bosan walaupun di bilik permainannya macam-macam mainan yang ada, Iyalah...mana nak sama kalau main ramai2. Bagilah banyak mana mainan pun...tapi kalau tak ada teman..sunyi juga. 
Datanglah idea nak berjalan ke Bagan Lalang. Saya suarakan pendapat kepada tetangga yang rapat dengan kami. Syukur...hari ini kami sampai ke Bagan Lalang. 

 Sampai seawal 9 pagi (itupun sebab berhenti sarapan di R&R Dengkil), kami semua melepak di pantai Bagan Lalang. Bilik penginapan hanya boleh daftar masuk selepas pukul 2. Bayangkan...dari pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang...kami di pantai. Tapi memang seronok. Tengok sajalah anak saya, Madihah dan anak tetangga, Aqilah, Arifah dan Awfiyah. Tak sempat nak tukar baju, semua dah menuju ke pantai bermain pasir.

Pukul 2.30...kami check-in ke bilik penginapan di Seri Malaysia Bagan Lalang. Tak sampai satu jam di bilik, Madihah dah merayu nak bermain di swimming pool. Ikut kan sajalah. Lepas Asar baru kami semua turun balik ke pantai. Kali ni tak main air laut. Cukup-cukuplah pagi tadi..dengan pasirnya penuh di baju...petang ni main layang-layang saja ye anak-anak.

Saya belikan Madihah layang-layang kecil. Harganya cuma RM5/-. Murah kalau dibandingkan dengan harga layang-layang di bandar. Cantik je layang-layang terbang. Tapi Madihah.....mainnya cuma sekejap. Sudahnya...saya dan Syed berdua yang bermain dengan layang-layang tu

Puas bermain layang-layang...perut pun dah lapar. Di Bagan Lalang memang tak susah nak cari makanani. Sepanjang pantai memang ada banyak gerai. Apalagi...malam ni kami makan sea food lagi.

Friday, November 26, 2010

Susah Berak???

Setiap pagi saya wajib buang air besar. Syukur sebab saya tak ada masalah penghadaman cuma banyak juga yang sangkut di punggung, belakang, peha dan lengan.

Tapi kesian Syed dan Madihah. Tak tahulah kenapa dua orang kesayangan saya ni susah betul nak buang air yang besar-besar. Kalau yang air yang kecil-kecil...tak ada masaalah. Kesian kan.

Sebab tu ...mulai dari minggu lepas, saya berazam untuk beli betik selalu. Biar senang sikit proses pelaburan. Untuk Madihah...betik ni tak jalan. Kesayangan saya ni susah betul nak makan betik, busuk katanya. Jalan mudah...yogurt sahajalah untuk Madihah. Mahal tapi berbaloi. Yang penting...sihat.

Nak makan apa??

Hari ini hari kelima cuti sekolah. Sudah lima hari jugalah Madihah bertemankan Sara. Bila dah berteman, barulah nampak selera makan Madihah naik.


Nak makan apa?

Madihah : "Mama..Madihah nak makan mi sup"

Sara       : "Aunty..Sara suka mi kari"



Semenjak Aidil Adha yang baru lepas banyak juga kami dapat daging korban. Jadi menu hari ni pun letak daging juga. Malas nak fikir nak masak apa. Bila Syed cakap dia ok saja kalau saya buat mi kari....mi kari lah nampaknya menu saya hari ni. Tapi teringatkan Madihah yang tak makan mi kari.....sudahnya mi sup untuk saya dan Madihah, mi kari untuk Syed dan Sara.

Petang tadi hantar Madihah ke kelas piano. Saya berjumpa Zura Hamdan di sana sebab Sara pun ada kelas piano di tempat yang sama cuma sesi Madihah awal 1 jam sebelum Sara. Macam biasa...lepak di Dave's Deli sementara menunggu dua anak dara kami habis kelas.

Satu tips dari Zura Hamdan buat saya. "Zura, tadi masa tunggu you all datang, aku duduk di tingkat atas dan menjenguk ke bawah. Kau tahu apa budak perempuan yang jaga Dessert Bar tu buat? Dia ambil ice-cream guna sudu. Makan ice-cream from the spoon kemudian cedok lagi menggunakan sudu yang dia dah guna tu". Bila kenangkan Madihah yang sukakan Baskin Robbins...saya doa sangat...janganlah budak2 BR buat macam tu juga. Geli ah!!!!