Semalam ulang tahun perkahwinan saya yang ke 13. Alhamdulillah. Semoga kasih sayang kami dipanjangkan hingga ke syurga. Kebetulan Reena ada di rumah jadi panjanglah sikit langkah saya untuk berjalan. Reena nak buat cup cake jadi kami pergi ke kedai supply barang-barang cake nak beli bahan. Nak jadikan cerita...budak 2 orang ni, Madihah dan Sara sudah dengar rancangan kami...apalagi...keluarlah pulak rancangan dia orang...nak jual cuppies depan rumah. Saya ikut saja...benda baik...tak apa.
Cuci telur ayam dulu ye anak-anak....
Adunkan...tepung...butter....dan kacau sampai sebati.
Bantuan dari assistant no.3...Aunty Su.
Anak tetangga yang datang membeli. Cuppies dijual RM1 satu. Modal yang mama kena tanggung adalah lebih dari itu. Tapi tak apa... buat masa sekarang cuma nak serapkan minat berniaga itu sahaja. Besar sikit barulah boleh ajar pasal costing.
Gembira dan senyum menanti customer. Mama dan babah dah siap-siap call neighbour to support their small business.
It was a success!!!






No comments:
Post a Comment